Friday, March 8, 2013

RAKYAT MALAYSIA BOLEH MENGHULURKAN BANTUAN UNTUK TABUNG AMAL WIRA LAHAD DATU DI MYDIN

MYDIN telah menggerakkan Tabung Amal Wira Lahad Datu untuk semua pelanggan-pelanggannya dan juga Rakyat Malaysia untuk membantu perwira-perwira Negara yang berjuang mempertahankan Negara semenjak Negara dilanda pencerobohan oleh Kerajaan Sulu dari selatan Filipina.
Kakitangan MYDIN dan MyMydin bersama YBhg.Datin Hjh Siti Hawa Mohd menghulurkan sumbangan ke dalam Tabung Amal Wira Lahad Batu di MYDIN USJ.
 
Tabung ini telah bermula semenjak 5 Mac 2013 yang lalu dimulai dari Cawangan MYDIN Subang Jaya ini.
 
Usaha ini telah dilanjutkan lagi kepada 37 buah rangkaian cawangan MYDIN yang lain iaitu 11 Cawangan Pasar Raya Besar (Hypermarkets), 18 Cawangan Emporiums, 3 Cawangan Bazaar dan 5 Cawangan MYDIN Mart di seluruh Negara.

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali telah mencetuskan inisiatif ini dengan meletakkan Tabung Amal Lahad Datu di dalam kawasan pasar raya MYDIN untuk memberi pendedahan dan peluang kepada orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada krisis yang sedang berlaku di Lahad Datu Sabah.

Kewujudan Tabung ini juga menyalurkan inisiatif MYDIN kepada Negara Malaysia terhadap tanggungjawab dan respons ke atas krisis yang sedang berlaku di Lahad Datu oleh pengganas yang cuba membuat kekacauan di Negara Malaysia yang aman damai ini.
    
Menurut Datuk Wira (Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, “tragedi ini adalah saat yang menyedihkan di dalam sejarah Negara Malaysia, dan semua Rakyat Malaysia perlu bersatu dan memberi penghormatan dan kepada pejuang-pejuang yang telah berjuang demi kedaulatan Negara.”
Kakitangan MYDIN dan MyMydin bersama YBhg.Datin Hjh Siti Hawa Mohd memberi sokongan kepada Tabung Amal Wira Lahad Batu di MYDIN USJ.
      
“Kita patut berdoa untuk keselamatan Negara secara keseluruhan”

Semoga usaha yang dimulakan di Pasar Raya MYDIN ini akan memberi inspirasi dan respons positif dari semua pihak. MYDIN juga menyeru dan mengalu-alukan sumbangan dan bantuan dari semua pihak sama ada individu dan korporat. Setiap sen sumbangan yang diberikan adalah besar ertinya anggota-anggota Perwira Negara dan juga ahli keluarga yang telah terkorban ketika bertugas untuk Negara.
  
Jumlah kutipan di MYDIN ini akan didermakan kepada Tabung Amal Wira Lahad Datu Media Prima.

You can also read here on other MYDIN events I attended.  

No comments:

Post a Comment

Thanks for coming by, feel free to leave comment.

NO SPAM PLEASE :)